Tuesday, November 15, 2011

jalan-jalan cari makan segamat versi itawazi yang fail dengan kenyangnya.

Share
So maybe some of you know I spent half of my life outside Segamat. Jadi bila balik ke sini banyak yang saya tertinggal. Mana tempat best nak shopping? Tak tahu. Mana tempat best nak cuci mata? Tak tahu. Mana tempat best nak cari CD? Pun tak tahu.

Mana tempat best nak makan? Balik rumah goreng telur aje.

So, dengan bantuan kawan-kawan yang baru saya kenal kebelakangan ni, it crossed my mind to do my own version of Jalan-Jalan Cari Makan Segamat. Sure people will start squinting their brows. Iza? Makan?

Yeah, I know. Ramai ingat saya ni tak suka makan or tak kuat makan, atau suka tahan makan. Ampun, memang salah!

Dan rupanya punyalah banyak tempat yang best dan cool untuk lepak dan makan di Segamat ni! Saya aje yang ketinggalan keretapi. Dalam perbincangan di skrin kecil handphone saya, tempat yang ramai orang suggest ialah Warung Daud. Gila kau. Dengan muka tak bersalah saya boleh tanya, er Warung Daud ni kat mana? Mesti ada orang Segamat nak baling saya dengan selipar konon-konon tak tau Warung Daud yang famous ni kat mana. Hish.

Saya memang tak tahu lahhhh... :(

Seriously people, memang warung ni famous. Buktinya masa saya pergi tu it was packed with people. Memang ramai. Okay, bagi yang masih tak tau lagi kat mana Warung Daud ni, premis dia betul-betul di sebelah traffic light Jalan Pemuda / Kampung Tengah. Don't worry. Ada signboard. Tak sesat. InsyaAllah.

Kalau tak silap saya, warung ni dibuka untuk sarapan pagi, minum petang dan juga makan malam. Masa sampai tu terus rambang mata aiyo nak makan apa ni? Banyak choice! Tapi kan... sob sob sob...

Makan punya makan punya makan punya makan.. Erm.. pinggan dah 2 kosong. Punyalah sedap. Gambarnya mana? Huaaa...

FAIL.

Sumpah memang sedap sampai lupa nak ambil gambar. Tapikan... nasib baiklah Warung Daud ni advance. Jadi bagi mereka yang hantu makan juga macam saya ni, boleh try check this page out - Facebook Warung Daud.

Yes, they have Facebook, people! Mari menjamu mata.

 Rahsia : I actually had all of the above. Erm, sebenarnya ada makan yang lain lagi. Tapi tak ada dalam gambar. Saya makan tauhu goreng dengan jemput-jemput apa entah yang sedap sangat tu. Sos dia pulak... haiyayayayaya...

Ah, tanpa rasa bersalah saya teringin nak makan lagi sekali.

Bila dah habis makan tu, terkesima sekejap tengok pinggan-pinggan kosong atas meja. Er, betul ke makan berdua macam ni?

Then Mr. BF pergi bayar. Dalam kereta saya tanya dia, berapa jumlah kita makan tadi tu? Suspen lah kan, sebab dah makan banyak gila.

Whattttt?

TAK SAMPAI RM 5 PUN. <----- esok nak pergi lagi!
Terus tulisan kecil sebab malu dengan diri sendiri. #pfft.

And ini adalah menu lain yang ada. Okay, bawa-bawalah lap air liur tu.

So people in Segamat, kalau belum pernah try lagi, silakan try. Kalau dah try lepas tu nak lagi, jangan salah kan saya. Salahkan Pakcik Daud. Eh?

So as I said, the first try out for my own version of Jalan-Jalan Cari Makan sudah failed. Hopefully ada lagi episod yang akan datang (dan tidak fail). Sila klik butang komen untuk drop komen anda. Sebarang cadangan untuk episod Jalan-Jalan Cari Makan Segamat yang akan datang juga amatlah dialu-alukan.

Dah nama pun Jalan-Jalan Cari Makan Segamat kan? So yeah, siapa yang suggest Kuea Teow Malis memang nak kena fire.

Sekian, saya Kak Iza melaporkan dari Segamat, Johor. Assalamualaikum semua!


1 comment:

Hajar said...

yay, sayang kak iza. lepas ni bila saya balik boleh bawa saya jjcm ke kedai makan yang best di segamat. takmo SR. ai demand okeh? lol

Post a Comment

komen, bukan komplen okay?

Related Posts with Thumbnails